Wednesday, August 26, 2009

SEKITAR HARI TERBUKA DAN TADAU KAAMATAN PERTISA 2009

Para pemenang Sugandoi PERTISA 2009


Ivy Alexandra bersama Jeffrey Anjuman


Lenard Ingging Bersama Johan Sugandoi PERTISA 2009 Sheryll Josh.


Martha buat lawak dgn Jeffrey..


Salah seorang daripada Pengadil Unduk Ngadau.

Para Finalist Sugandoi bergambar Selapas Keputusan Diumumkan.



Aksi Seorang Johan Sugandoi PERTISA 2009.


Pemenang Unduk Ngadau Bergambar bersama Presiden PERTISA Datuk Joseph P. Guntavid, Datin Dan Pengerusi Unduk Ngadau Pn. Martha Ginun.


"Gong Brothers" PERTISA.


Kelihatan Penaung Pertisa Ybgh. Philip B. Lasimbang Bersama Presiden PERTISA Datuk Joseph P. Guntavid sedang Sumazau semasa Acara Menyambut tetamu.



Presiden PERTISA Sumazau Bersama Finalist Unduk Ngadau.




Setelah Menyepi seketika selepas PERTISA menganjurkan Anugerah PERTISA pada tahun 2008, sekali lagi pada tahun ini, PERTISA menganjurkan Program tahunannya yang ditunggu-tunggu bukan sahaja oleh Ahli-ahlinya tetapi juga seluruh Masyarakat yang menyokong Perjuangan Artis tempatan Sabah.

Pelbagai acara telah diadakan, antaranya ialah:
Sukan Tradisi, Sukan kanak-kanak, Pertandingan masakan tradisi, Pertandingan Sugandoi dan semestinya acara kemuncak Perayaan Kaamatan iaitu Unduk Ngadau. Juga diadakan sepanjang Program ini ialah : Pendaftaran Ahli Baru, Semakan Yuran dan Promosi dan jualan Produk Artis PERTISA.

Walaupun penganjuran Hari Terbuka dan Tadau Kaamatan PERTISA tahun ini terlewat sedikit namun ianya berjaya mencapai Objektifnya. mungkin ramai yang bertanya, kenapakah PERTISA masih menganjurkan Kaamatan sedangkan Musim Perayaan Kaamatan telah lama berlalu..

Sebenarnya, Kaamatan PERTISA adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan sekitar Bulan May dan Jun pada kebiasaannya, namun pada tahun ini penganjuran agak terlewat kerana hampir keseluruhan AJK dan ahli PERTISA terlibat dengan Penganjuran Kaamatan Peringkat Negeri , Daerah mahupun Peringkat kampung sepanjang bulan May dan Jun tahun ini.
begitupun.. seperti kata-kata Penaung PERTISA Ybgh. Philip B. Lasimbang, " Tidak semestinya Kaamatan itu dirayakan pada bulan mei sahaja.. walaupun dirayakan selepas bulan Mei apa yang penting ialah Objektif Perayaan itu tercapai.. dan itulah yang berlaku.

Dalam kesempatan ini, PERTISA ingin mengucapkan Jutaan terima kasih kepada para Penderma dan Penyumbang dana yang budiman kerana tanpa anda, tidak mungkin Program ini dan apa jua program Persatuan boleh berjalan dengan lancar. Apatah lagi Persatuan ini tidak mendapat sokongan dana dari pihak kerajaan.

Kepada Semua Ahli yang setia bersama PERTISA, Teruskan Sokongan anda. " kerana andalah.. maka Persatuan ini Wujud dan Anda semua adalah Tonggak kekuatan PERTISA.."

Teruskan Bersama PERTISA... Program PERTISA yang seterusnya ialah KONSERT PERTISA sekitar hujung tahun ini..

Monday, July 6, 2009

Hari Terbuka Dan Tadau Kaamatan PERTISA 2009.

Tema : Hari Terbuka dan Tadau Kaamatan Pertisa 2009.

Tarikh : 25 & 26 July 2009.

Tempat : Dewan Budaya, Kg. Warisan Muzium Sabah.

Acara-acara yang diadakan:

1. Unduk Ngadau.

2. Sugandoi.

3. Sukan Tradisi.
(Magapon(Memencing), Momolositik(Melastik), Monopuk(Menyumpit), Nansakan Koubasanan(Masakan Tradisi), Monondu Linso Tapayas(Meneka Biji Betik), Mongompuri (Mengupas Buah Padi), Mamantoh) (Dart Tradisional) dsb).

4. Pendaftaran Ahli Baru/ Semakan Yuran.

5. Promosi/Jualan Produk Artis.

Terma dan Syarat Pertandingan Sugandoi PERTISA 2009.

Syarat-syarat Kelayakan.

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahu keatas.
2. Semua Peserta diwajibkan membawa Kad Pengenelan asal pada hari pendaftaran.
3. Yuran Penyertaan RM 15.00.
4. Mantan Johan Sugandoi PERTISA tidak dibenarkan untuk menyertai Pertandingan.

Syarat-syarat pemilihan lagu.
Separuh akhir.

1. Peserta hendaklah membawa sebuah lagu sahaja iaitu lagu wajib.
2. hanya 10 peserta sahaja yang dipilih ke peringkat akhir.

Peringkat Akhir.

1. Peserta hendaklah membawa dua buah lagu iaitu:
a) Sebuah Lagu Wajib (Lagu Kadazandusun Tulen yang berunsur bersih)
b) Sebuah Lagu pilihan (Bebas dan tidak termasuk bahasa Kadazandusun)
2. Peserta akhir tidak boleh menukar lagu Wajib yang telah dibawa semasa Pertandingan Separuh Akhir.

Syarat Pertandingan.

1. Peserta hendaklah menjaga disiplin dan ditegah daripada mengambil benda-benda yang memabukkan atau mengkhayalkan semasa pertandingan.
2. Peserta Wajib memakai Pakaian Tradisi KadazanDusun semasa Pertandingan separuh akhir.
3. Bagi Pertandingan Akhir Sugandoi, Peserta Wajib memakai Pakaian Tradisi KadazanDusun semasa membawa Lagu Wajib. Manakala bagi Lagu Pilihan, peserta boleh memakai Pakaian Bebas dan Kemas.
4. Penilian akan dilakukan oleh Pengadil-pengadil Profesional mengikut kaedah penilian yang ditetapkan.
5. Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang bantahan secara lisan atau bertulis tidak akan dilayan.
6. Penginapan dan perbelanjaan semasa mengikuti pertandingan ini tidak akan ditanggung oleh penganjur.
7. Peserta diminta membawa CD Minus One mereka sendiri.
8. Tarikh tutup penyertaan ialah 17 july 2009. (Sila bawa CD minus ome anda semasa menghantar Borang)

Hadiah.

1. Hadiah-hadiah berupa Wang Tunai, Piala dan Sijil akan disediakan oleh Penganjur.

Jadual Pendaftaran dan Pertandingan.

19 July 2009 - Pendaftaran. Masa: 2.00pm. Pertandingan Akhir Sugandoi. Masa: 6.00pm.
25 July 2009 - Pertandingan Akhir Sugandoi. Masa: 6.00pm.
Tempat: Dewan Budaya, Kg Warisan, Muzium Sabah.

Untuk Keterangan Lanjut Sila Berhubung dengan:-

En Evaristus - 0168173159.
En Edward - 0198405442.
En. Julius -0168429957.



Terma dan Syarat Pertandingan Unduk Ngadau PERTISA 2009.

1. Penyertaan adalah terbuka kepada gadis-gadis dari suku kaum Kadazan/Dusun/Murut.
2. Peserta hendaklah genap 18 hingga 25 tahun dan belum berkhawin.
3. Ketinggian Minimum adalah 5'.2".
4. Seorang Mantan Unduk Ngadau PERTISA dan Mantan Unduk Ngadau Negeri adalah tidak layak untuk Menyertai.
5. Peserta mestilah tidak pernah terlibat dalam kegiatan-kegiatan negetif.
6. Yuran Penyertaan dikenakan sebanyak RM 20.00 Sahaja.
7. Kos Perbelanjaan dan Penginapan akan ditanggung oleh peserta sendiri.
8. Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 16 july 2009, Jam 6.00pm.
9. Borang-borang yang telah lengkap di isi berserta denga yuran penyertaan boleh dikembalikan di Pejabat Pertisa bertempat di Bangunan Utama Muzium Sabah atau hubungi nama- nama yang tertera di bawah.
10. Pendaftaran dan saringan untuk memilih 15 Peserta yang akan ke Pertandingan pada 26 july 2009, akan diadakan pada 18 July 2009, Jam 6.00pm bertempat di Pentas Dewan Budaya, Kg Warisan, Muzium Sabah.
11. Pertandingan Akhir akan diadakan pada 26 July 2009, Jam 1.00pm bertempat di Pentas Dewan Budaya, Kg Warisan, Muzium Sabah.
12. Semua Peserta diminta memakai dress melepasi paras lutut semasa menghadiri Saringan pada 18 July 2009.
13. Hanya 15 Peserta yang layak ke Pertandingan pada 26 July 2009 akan menerima Hadiah, Sijil dan Saguhati.
14. Keputusan Pengadil adalah Muktamad. Sebarang bantahan secara Lisan atau Bertulis tidak akan dilayan.

Hadiah-Hadiah.

1. Johan Unduk Ngadau akan menerima hadiah Wang Tunai, Piala, Mahkota, Selendang, Sijil dan Jambangan bunga.
2. Naib Johan akan menerima hadiah Wang Tunai, Piala, Sijil dan Jambangan bunga.
3. Tempat ketiga akan menerima hadiah Wang Tunai, Piala, Sijil dan Jambangan Bunga.
4. Manakala tempat ke-4 dan 5 akan menerima hadiah wang tunai, Piala dan Sijil.
5. Peserta yang tidak berjaya ke Pusingan Akhir akan menerima Sijil dan Saguhati.


Sebarang Pertanyaan Bolehlah Menghubungi:-

Pn. Martha - 0138756195
En. Edward - 0198405442

Wednesday, May 20, 2009

Studio Pertisa

AMT PERTISA Bergambar selapas acara Perasmian Selesai.



Penaung PERTISA Ybgh. Philip Benedict Lasimbang Merasmikan Pelancaran STUDIO PERTISA.



Sesi Memotong Ribbon Selesai..


Clarice,Meeda & Penesihat PERTISA Drs. Monih Epin.




Ahli PERTISA Jerry Lunsin, Clarice J Matha, Meedah Hamzani dan Penasihat PERTISA.



PERTISA Melangkah Setapak Lagi..


Sebagai sebuah Persatuan yang menaungi Artis-artis Tempatan Sabah, Kini PERTISA melangkah Setapak lagi dalam Komitmennya untuk memperjuangkan serta menjaga kebajikan Artis-artis Tempatan Sabah.

Baru-baru ini, iaitu pada 16hb Mac 2009, bersempena dengan Mesyuarat agung PERTISA Penaung Pertisa Ybgh. Philip Benedict Lasimbang telah menyempurnakan Upacara Pelancaran STUDIO PERTISA yang terletak di bangunan utama Muzium Sabah Kota Kinabalu.

STUDIO PERTISA ini adalah, Satu lagi Komitmen Persatuan untuk membantu Ahli-ahlinya yang kurang berkemampuan namun berhasrat untuk menerbitkan Album .

Studio Pertisa ini juga adalah merupakan Sebuah Recording Studio yang lengkap bukan sahaja untuk Rakaman malah menyediakan Khidmat mengedit Klip video Karaoke, Telemovie dan membuat Muzik.

Menurut Kenyataan Presiden PERTISA Datuk Joseph P Guntavid, ahli-ahli PERTISA yang ingin mendapatkan Khidmat Recording Studio Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA), akan Mendapat diskaun sebanyak 20 hingga 30 Peratus daripada Kos keseluruhan Penerbitan Sebuah Album.

Semoga dengan kewujudan Recording Studio PERTISA ini, akan dapat membantu meringankan lagi beban Ahli Persatuan yang berhasrat untuk menerbitkan Album.


Sunday, March 15, 2009

Juara Carta Lagu Dusun

Bisorou Mamatos Kolungguyan - Ben Simon Bukag (Kota Belud)

Benn Simon Bukag, artis Simusic Studio dari Kota Belud telah menjuarai carta lagu dusun dengan lagunya 'Binsorou Mamatos Kolungguyan'. Tahniah

Juara Carta Lagu Dusun

Insasamadai Kolungguian Ku - Leornard Sentia (Ranau)
Leornard Sentia telah memenangi dua kategori iaitu persembahan terbaik dan lagu popular undian sms. Tahniah

Juara Carta Lagu Dusun

Koupusan Ku - Jo-Anne Henley Rampas (Tamparuli).
Jo Anne Henley telah memenangi kategori vokal terbaik

Sunday, March 1, 2009

Esther

Esther E. Oppolonius seorang artis PERTISA yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang setekat ni berada dalam top 11 dalam pertandingan One In A Million. Syabas dan tahniah daripada PERTISA. Marilah kita sama-sama memberi sokong kepada artis kita Esther...jangan lupa undi Esther melalui SMS. Jangan lupa menonton saluran 708 setiap hari Jumaat jam 9.00mlm.

Sunday, January 18, 2009

Konsert Amal Tabung Palestin

KETIKA kita masih mampu berpesta, rakyat GAZA di Palestin menderita akibat perang yang amat memeritkan. Sejak 27 Dis 2008 yang lalu, kini kematian sudah mencecah lebih 1,500 orang manakala 5,000 kecederaan.tidak dinafikan bencana akan terus dialami mereka. Sebagai sesama manusia, rakyat Malaysia yang prihatin telah melakukan pelbagai usaha untuk membantu dan menyokong usaha meringankan penderitaan rakyat Palestin.Mereka juga sama seperti kita, mahkluk ciptaan Tuhan yang istimewa. Dan sesungguhnya penderitaan mereka memberi kesan mendalam di dalam jiwa kita juga. Tidak dinafikan jarak antara kita dan mereka terlalu jauh tetapi begitu dekat apabila melihat kesengsaraan si anak kecil dan wanita yang terkorban.Hari ini kita perlu sedari walaupun kita tidak mampu memberikan mereka kehidupan tetapi kita masih dapat melakukan sesuatu untuk mereka.Dan Persatuan Artis Tempatan Sabah (Pertisa) telah mengambil inisiatif untuk menggalakkan orang ramai menderma untuk Tabung GAZA dengan mengadakan konsert amal di Taman Datuk Chong Tien Bun di Kota Kinabalu pada 18 Jan lalu.walaupun hanya sekadar mengumpul RM1,021.75 namun ia adalah kejayaan bagi artis tempatan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial mereka.Marilah kita bersama-sama berdoa semoga keamanan dunia sejagat terus berlaku dan keajaiban yang diharapkan akan terkabul.