Friday, August 12, 2011

Sekitar Kaamatan PERTISA 2011


Penasihat PERTISA Drs. Monih Epin bersama Pemenang Unduk Ngadau PERTISA 2011 Cik. Stacy Elev.



Para Pemenang Unduk Ngadau PERTISA 2011.
Johan: Cik. Stacy Elev, Naib Johan: Cik. April Nelly Lusius Tuyok, Tempat Ketiga: Cik. Affy D. Jacklynda Entawin, Tempat Ke.Empat: Cik. Janet Jahudin, Tempat Kelima: Cik. Evlyn Lim.



Johan Sugandoi PERTISA 2011... Rifanzi Fanzi Ruji.



Penampilan Semula Johan Sugandoi PERTISA 2010. Cik. Marlleynney Fane.



AJK PERTISA Sedang berehat.


DJ Othoe turut hadir untuk memberi Sokongan.



Para Pengunjung yang datang untuk memberi sokongan kepada Kaamatan PERTISA 2011.




Penaung PERTISA Datuk Philip B. Lasimbang bersama dengan Pengadil Unduk Ngadau.




Barisan Pengadil Sugandoi PERTISA 2011.
Dari Kiri: En. Joacim Joe Gaban, Puan. Diana Stephen Tuning dan En. Andrew Poninting @ Apai.




Bekas Naib Juara OIAM Esther Appulunius.




Sukan "Momolositik"(Melastik) Acara Sukan Tradisi yang mendapat Penyertaan yang sangat menggalakkan pada Kaamatan PERTISA 2011.




Pelancong Korea adalah antara Peserta Luar Negera yang mengambil bahagian dalam acara Sukan Menyumpit (Monopuk).




Jon Dautis & Albert Mark.



Aloysia Solipat & Julia Hj Amilasan.



"Tukar Angin" Apai yang sinonim dengan Saxophone memcuba skil meniup Sumpitan.



Para Pemenang Sugandoi PERTISA 2011.





AJK Bertugas sedang Berehat.


Everistus Gungkit memerhatikan gelagat Jurugambar saudara Malison Mahap.




Penampilan Semula Johan Unduk Ngadau PERTISA 2010. Cik Lyora Kok.



Sekali lagi pada tahun ini, PERTISA menganjurkan Program tahunannya yang ditunggu-tunggu bukan sahaja oleh Ahli-ahlinya tetapi juga seluruh Masyarakat yang menyokong Perjuangan Artis tempatan Sabah.

Penganjuran kali ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan bukan sahaja di kalangan penyokong Industri Seni dan Hiburan Sabah tetapi juga di kalangan Pelancong dan juga pihak Media tempatan Sabah.

Pelbagai acara telah diadakan, antaranya ialah:
Sukan Tradisi, Pertandingan masakan tradisi, Pertandingan Sugandoi dan semestinya acara kemuncak Perayaan Kaamatan iaitu Unduk Ngadau. Juga diadakan sepanjang Program ini ialah : Pendaftaran Ahli Baru, Semakan Yuran dan Promosi dan jualan Produk Artis PERTISA.

Dalam ucapan perasmian oleh Penaung PERTISA Datuk Philip Lasimbang, beliau menyeru kepada semua ahli PERTISA untuk terus bekerja bersama bagi meningkatkan lagi Pencapaian dan pembangunan Industri Seni dan Hiburan Tempatan Sabah. Beliau juga menyarankan agar PERTISA menjalankan pelbagai aktiviti yang boleh menjana pendapatan bagi mengukuhkan lagi Dana Persatuan.
" Untuk menjalankan sesuatu Aktiviti, Persatuan haruslah mempunyai dana yang kukuh agar segala aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.. oleh itu saya menyeru kepada semua Ahli PERTISA untuk bekerja bersama dalam menjayakan apa juga aktiviti yang dirancang oleh Persatuan untuk ahli-ahlinya.
Bekerja bersama amat penting lebih-lebih lagi bagi aktiviti yang dapat menjana dana untuk Persatuan kerana tanpa dana, mana-mana Persatuan pun tidak akan dapat menjalankan aktiviti mahupun menjaga kebajikan ahlinya dengan sempurna..." katanya semasa merasmikan Kaamatan PERTISA 2011.

Dalam kesempatan ini, PERTISA ingin mengucapkan Jutaan terima kasih kepada para Penderma dan Penyumbang dana yang budiman kerana tanpa anda, tidak mungkin Program ini dan apa jua program Persatuan boleh berjalan dengan lancar.. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pihak Media tempatan sabah kerana memberi sokongan yang sangat menggalakkan kepada PERTISA, terima kasih juga atas sokongan anda kepada pembangunan industri Seni dan Hiburan di negeri kita yang tercinta ini..

Kepada Semua Ahli yang setia bersama PERTISA, Teruskan Sokongan anda. " kerana andalah.. maka Persatuan ini Wujud dan Anda semua adalah Tonggak kekuatan PERTISA.."

Kepada Rakyat Sabah dan Penyokong setia industri Seni dan Hiburan Tempatan..
Sesungguhnya, artis2 tempatan di Sabah adalah di antara yang terbaik, namun mereka tidak diberi peluang yang sewajarnya.. Berilah sokongan anda kepada mereka kerana.. Kalau bukan kita, siapa lagi...

Tuesday, March 29, 2011

Sekitar Mesyuarat Agung PERTISA 2011.

Barisan AJK PERTISA sesi 2011 - 2012.


Presiden PERTISA Bersama Naib Presiden 1/Pentadbiran.


Setiausaha PERTISA Beatrice Natasha Bersama AJK Perhubungan Awam/Media Charles Doutis Goukit dan AJK ICT/Serenta Gidik Gaidi @ Ben.


AJK PERTISA Sesi 2011 - 2012 bergambar kenangan bersama sebahagian Ahli Pertisa Yang hadir Semasa Mesyuarat Agung PERTISA 2011.


LP Rapheal Pinus Dan Jeffrey Anjuman ketika Pengiraan Undi.


Julius Gudok(AJK Teknikal), Elsie Lucia Goni dan Timbalan Presiden PERTISA En. Narsisius J Misin.



Presiden PERTISA DATUK Joseph Guntavid. Turut Kelihatan dalam Gambar ialah Esther Appolunius(Naib Juara OIAM),Aloysia dan Charles Doutis Goukit.


Mantan Setiausaha PERTISA En. Gilbert Gondungan Menyerahkan tugas kepada setiausaha baru Beatrice Natasha.


Sesi Pembentangan.


Albert Mark Maguring (AJK Latihan dan Pembangunan), Benedick Oliver Lidadun (Naib Presiden 1 /Pentadbiran), Beatrice Natasha (Setiausaha), Elsie Lucia G Dan Presiden PERTISA Datuk Joseph P. Guntavid.


LP Rapheal Pinus(T. Setiausaha) Ketika pengiraan undi..





SENARAI PENTADBIR PERTISA SESI 2011 - 2012.

Penaung :
YBhg Datuk Philip B. Lasimbang

Penasihat :
YBhg Drs. Monih Epin

Presiden :
YBhg Datuk Joseph P. Guntavid

Timbalan Presiden :
Encik Narsisius J Misin @ Nars

Naib Presiden 1 ( Pentadbiran ) :
Encik Benedick Oliver Lidadun

Naib Presiden 2 ( Kewangan ) :
Encik Evaristus Gungkit

Naib Presiden 3 ( Keahlian ) :
Puan Martha Ginun

Naib Presiden 4 ( Aktiviti ) :
Encik Simun Bukag

Setiausaha :
Puan Beatrice Natasha Mujip

Penolong Setiausaha :
Encik LP Ally Rapheal Pinus

Bendahari :
Encik Edward Kating

Ahli Jawatankuasa ( Perhubungan awam & Media ) :
Encik Charles Dautis Goukit

Ahli Jawatankuasa ( Pemasaran ) :
Puan Flora juanis Salemuda

Ahli Jawatankuasa (ICT & Seranta) :
Encik Benedick Gaidi @ Gidik

Ahli Jawatankuasa ( Teknikal ) :
Encik Julius Gudok

Ahli Jawatankuasa ( Latihan & Pembangunan ) :
Encik Albert Mark Maguring

Ahli Jawatankuasa ( Dokumentasi ) :
Encik Lianard Ingging

Ahli Jawatankuasa ( Perundangan & Keselamatan) :
Encik Bede Gungkit

Ahli Jawatankuasa ( Pementasan ) :
Encik Steven Ginun


Bercakap semasa ucapan alu-aluan dan Perasmian Mesyuarat Agung, Presiden PERTISA Datuk Joseph P. Guntavid menyeru semua ahil PERTISA untuk bekerja bersama-sama untuk memperkasa dan memajukan industri Hiburan Tempatan Sabah.

Beliau juga memberi teguran kepada sikap negetif di kalangan Ahli dan para penggiat seni di Sabah yang lantang bersuara di media tetapi tidak memberi kometmen penuh berpersatuan.
Adalah suatu yang sangat menyedihkan bila ada segelintir artis yang mengharap Persatuan melakukan sesuatu untuk mengubah nasib mereka tatapi.. tidak mahu berusaha membantu diri sendiri dan tidak mahu memberi kometmen dalam berpersatuan..

Semasa memberikan kata-kata peransang kepada AJK Baharu, Beliau menyeru agar Barisan AJK Baharu PERTISA bersatu padu dan sentiasa Aktif dan dalam menjayakan segala aktiviti yang dirancang dan akan dijalankan oleh Persatuan sepanjang sesi 2011 - 2012.