Friday, January 15, 2010

Goodbye 2009.. Welecome 2010..

President PERTISA Datuk Joseph P. Guntavid Bersama Saudara Juanis Joitol ketika melawat Studio PERTISA..


Sheryll Josh.. Ready For Recording..


Sheryll Sedang Voicing..


Sarah Joseph



C Badadang.. Bekerja di balik tabir..



Tahun 2009 telah berlalu.. Kini kita telahpun masuk ke tahun 2010.. rasanya belum terlalu lewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua Ahli PERTISA di mana jua berada ketika ini.. Selamat Tahun Baru Juga kepada anda yang selama ini menyokong Artis Tempatan Sabah..

Tahun 2009 berlalu dengan penuh kenangan indah , Suka duka dan cabaran besar yang dilalui PERTISA untuk mengukuhkan serta memperkasakan Persatuan. Walaupun aktiviti PERTISA seolah-olah sepi pada tahun 2009, tetapi sebenarnya ianya adalah tahun yang amat sibuk bagi persatuan. Banyak aktiviti yang melibatkan PERTISA. Bermula dari AGM PERTISA yang diiadakan pada Bulan Mac, Sehingga ke kempen Derma darah bersama NGO, Kaamatan anjuran Kerajaan Negeri dan Kaamatan PERTISA 2009.

Keterlibatan Pertisa Pada Kaamatan Anjuran Kerajaan Negeri bermula Pertengahan bulan April sehingga ke kemuncak Perayaan Kaamatan pada 31 hb May 2009 di mana hampir keseluruhan Comitee Persatuan dan 70% ahlinya terlibat secara lansung dengan penganjuran Kaamatan Kerajaan Negeri sebagai AJK, Pengadil, Penghibur dan Pekerja belakang tabir terutamanya yang membabitkan Muzik dan Hiburan..

Walaupun mungkin penglibatan Persatuan dalam penganjuran ini kurang di sedari tetapi itulah sebenarnya yang berlaku.. cuma tidak di war-warkan kerana penganjur utamanya bukan PERTISA.. dan Oleh sebab itulah juga maka Penganjuran Kaamatan PERTISA terlewat sedikit dari apa yang dirancangkan..

Tahun 2009 juga adalah tahun yang Sibuk bagi memperkasakan Persatuan dengan Pembinaan STUDIO PERTISA yang bermula seawal bulan August sehingga Pertengahan bulan November..
Studio itu telahpun memulakan Operasinya pada Pertengahan Bulan December 2009.

Kita tinggalkan 2009 dengan penuh kenangan.. PERTISA kini memulakan tahun 2010 dengan memulakan Produksi Studionya dengan menampilkan Dua orang Johan Sugandoi PERTISA iaitu Sheryll Josh dan Sarah Joseph.
Mereka telah memulakan Proses rakaman Album sulung mereka di STUDIO PERTISA.. nantikanlah kemunculan Abum mereka di Pasaran..