Monday, July 6, 2009

Hari Terbuka Dan Tadau Kaamatan PERTISA 2009.

Tema : Hari Terbuka dan Tadau Kaamatan Pertisa 2009.

Tarikh : 25 & 26 July 2009.

Tempat : Dewan Budaya, Kg. Warisan Muzium Sabah.

Acara-acara yang diadakan:

1. Unduk Ngadau.

2. Sugandoi.

3. Sukan Tradisi.
(Magapon(Memencing), Momolositik(Melastik), Monopuk(Menyumpit), Nansakan Koubasanan(Masakan Tradisi), Monondu Linso Tapayas(Meneka Biji Betik), Mongompuri (Mengupas Buah Padi), Mamantoh) (Dart Tradisional) dsb).

4. Pendaftaran Ahli Baru/ Semakan Yuran.

5. Promosi/Jualan Produk Artis.

Terma dan Syarat Pertandingan Sugandoi PERTISA 2009.

Syarat-syarat Kelayakan.

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahu keatas.
2. Semua Peserta diwajibkan membawa Kad Pengenelan asal pada hari pendaftaran.
3. Yuran Penyertaan RM 15.00.
4. Mantan Johan Sugandoi PERTISA tidak dibenarkan untuk menyertai Pertandingan.

Syarat-syarat pemilihan lagu.
Separuh akhir.

1. Peserta hendaklah membawa sebuah lagu sahaja iaitu lagu wajib.
2. hanya 10 peserta sahaja yang dipilih ke peringkat akhir.

Peringkat Akhir.

1. Peserta hendaklah membawa dua buah lagu iaitu:
a) Sebuah Lagu Wajib (Lagu Kadazandusun Tulen yang berunsur bersih)
b) Sebuah Lagu pilihan (Bebas dan tidak termasuk bahasa Kadazandusun)
2. Peserta akhir tidak boleh menukar lagu Wajib yang telah dibawa semasa Pertandingan Separuh Akhir.

Syarat Pertandingan.

1. Peserta hendaklah menjaga disiplin dan ditegah daripada mengambil benda-benda yang memabukkan atau mengkhayalkan semasa pertandingan.
2. Peserta Wajib memakai Pakaian Tradisi KadazanDusun semasa Pertandingan separuh akhir.
3. Bagi Pertandingan Akhir Sugandoi, Peserta Wajib memakai Pakaian Tradisi KadazanDusun semasa membawa Lagu Wajib. Manakala bagi Lagu Pilihan, peserta boleh memakai Pakaian Bebas dan Kemas.
4. Penilian akan dilakukan oleh Pengadil-pengadil Profesional mengikut kaedah penilian yang ditetapkan.
5. Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang bantahan secara lisan atau bertulis tidak akan dilayan.
6. Penginapan dan perbelanjaan semasa mengikuti pertandingan ini tidak akan ditanggung oleh penganjur.
7. Peserta diminta membawa CD Minus One mereka sendiri.
8. Tarikh tutup penyertaan ialah 17 july 2009. (Sila bawa CD minus ome anda semasa menghantar Borang)

Hadiah.

1. Hadiah-hadiah berupa Wang Tunai, Piala dan Sijil akan disediakan oleh Penganjur.

Jadual Pendaftaran dan Pertandingan.

19 July 2009 - Pendaftaran. Masa: 2.00pm. Pertandingan Akhir Sugandoi. Masa: 6.00pm.
25 July 2009 - Pertandingan Akhir Sugandoi. Masa: 6.00pm.
Tempat: Dewan Budaya, Kg Warisan, Muzium Sabah.

Untuk Keterangan Lanjut Sila Berhubung dengan:-

En Evaristus - 0168173159.
En Edward - 0198405442.
En. Julius -0168429957.



Terma dan Syarat Pertandingan Unduk Ngadau PERTISA 2009.

1. Penyertaan adalah terbuka kepada gadis-gadis dari suku kaum Kadazan/Dusun/Murut.
2. Peserta hendaklah genap 18 hingga 25 tahun dan belum berkhawin.
3. Ketinggian Minimum adalah 5'.2".
4. Seorang Mantan Unduk Ngadau PERTISA dan Mantan Unduk Ngadau Negeri adalah tidak layak untuk Menyertai.
5. Peserta mestilah tidak pernah terlibat dalam kegiatan-kegiatan negetif.
6. Yuran Penyertaan dikenakan sebanyak RM 20.00 Sahaja.
7. Kos Perbelanjaan dan Penginapan akan ditanggung oleh peserta sendiri.
8. Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 16 july 2009, Jam 6.00pm.
9. Borang-borang yang telah lengkap di isi berserta denga yuran penyertaan boleh dikembalikan di Pejabat Pertisa bertempat di Bangunan Utama Muzium Sabah atau hubungi nama- nama yang tertera di bawah.
10. Pendaftaran dan saringan untuk memilih 15 Peserta yang akan ke Pertandingan pada 26 july 2009, akan diadakan pada 18 July 2009, Jam 6.00pm bertempat di Pentas Dewan Budaya, Kg Warisan, Muzium Sabah.
11. Pertandingan Akhir akan diadakan pada 26 July 2009, Jam 1.00pm bertempat di Pentas Dewan Budaya, Kg Warisan, Muzium Sabah.
12. Semua Peserta diminta memakai dress melepasi paras lutut semasa menghadiri Saringan pada 18 July 2009.
13. Hanya 15 Peserta yang layak ke Pertandingan pada 26 July 2009 akan menerima Hadiah, Sijil dan Saguhati.
14. Keputusan Pengadil adalah Muktamad. Sebarang bantahan secara Lisan atau Bertulis tidak akan dilayan.

Hadiah-Hadiah.

1. Johan Unduk Ngadau akan menerima hadiah Wang Tunai, Piala, Mahkota, Selendang, Sijil dan Jambangan bunga.
2. Naib Johan akan menerima hadiah Wang Tunai, Piala, Sijil dan Jambangan bunga.
3. Tempat ketiga akan menerima hadiah Wang Tunai, Piala, Sijil dan Jambangan Bunga.
4. Manakala tempat ke-4 dan 5 akan menerima hadiah wang tunai, Piala dan Sijil.
5. Peserta yang tidak berjaya ke Pusingan Akhir akan menerima Sijil dan Saguhati.


Sebarang Pertanyaan Bolehlah Menghubungi:-

Pn. Martha - 0138756195
En. Edward - 0198405442