Sunday, June 1, 2008

Ahli2 Pertisa di konsert KDCA 30.05.08

Di antara ahli2 PERTISA yang mengambil bahagian dalam konsert pada malam tu... Ateng & Benn.... dengan lagu Ginawoku Lumunggui Ciptaan Nars Yang juga Ahli Pertisa....!!!

Anak kepada Datuk Presiden Cik Sarah Datuk J. Guntavid sedang mempersembahkan lagu hasil ciptaan bapanya....!!!

Wednesday, May 21, 2008

Dialog Bersama Setiausaha bahgian Kawalan Filem, Lembaga Penapis Filem Malaysia.

Ketua Cawangan lembaga penafis Filem Malaysia Cawangan Sabah En Khairul
Setiausaha bahagian Datuk Mansor.
Wakil daripada Pertisa En Julius Guduk tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam sisi dialog tersebut.

Tuesday, April 29, 2008

PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU BANDARAYA KOTA KINABALU

Pertandingan ini diadakan 2 tahun sekali untuk memilih lagu ciptaan
terbaik. Senikata hendaklah bertemakan Bandaraya Kota Kinabalu
yang meliputi visi, misi,objektif , fungsi dan aktiviti DBKK.
Lagu yang terpilih akan dipersembahkan oleh wakil daripada
Bandaraya Kota Kinabalu sebagai lagu wajib ke pertandingan
Idola Antara Bandaraya yang di adakan pada setiap tahun.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:

1. WARGANEGARA MALAYSIA.
2. LAGU DAN LIRIK MESTILAH TULIN DAN TIDAK DITIRU
DARI MANA-MANA SUMBER.
3. LIRIK HENDAKLAH BERTEMAKAN BANDARAYA
KOTA KINABALU YANG MERANGKUMI VISI, MISI, FUNGSI
DAN AKTIVITI DBKK.
4. PENGANJUR BERHAK MENOLAK LAGU CIPTAAN TIRUAN.
5. PIHAK PENGANJUR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
TERHADAP PESERTA SEKIRANYA TERDAPAT PELANGGARAN
TERHADAP MANA-MANA UNDANG-UNDANG YANG BERKAITAN.
6. SETIAP KARYA YANG MENDAPAT HADIAH PERTANDINGAN
AKAN MENJADI HAK MILIK PENGANJUR DENGAN
MENGEKALKAN NAMA PENCIPTA ASAL.
7. PENCIPTA BOLEH MENGHANTAR LEBIH DARIPADA SATU
KARYA CIPTAAN.
8. HANYA 5 KARYA TERBAIK AKAN DIPILIH UN
TUK PENILAIAN AKHIR.
9. JOHAN ATAU LAGU CIPTAAN TERBAIK AKAN DIPILIH
UNTUK MENJADI LAGU WAJIB KEPADA PESERTA
PERTANDINGAN IDOLA ANTARA BANDARAYA DI MALAYSIA
YANG AKAN DIADAKAN DI KUCHING, SARAWAK PADA
OGOS 2009 DAN
EKALI LAGI LAGU TERSEBUT AKAN DIPERTANDINGKAN
UNTUK HADIAH LAGU CIPTAAN TERBAIK.
10. HASIL KARYA HENDAKLAH DIHANTAR DALAM
FORMAT AUDIO DALAM BENTUK CD.
11. PENGANJUR BERHAK UNTUK MENGUBAH MANA-MANA
SYARAT INI MENGIKUT KESESUAIAN DAN KELICINAN
PROSES PENGURUSAN PERTANDINGAN.
12. PANEL HAKIM AKAN DILANTIK OLEH PENGANJUR
DAN SEBARANG BANTAHAN DALAM APA JUA BENTUK
TERHADAP KEPUTUSAN TIDAK AKAN DILAYAN.

HADIAH:
JOHAN : RM 1300.OO + PIALA + SIJIL
NAIB JOHAN : RM1000.00 + PIALA + SIJIL
KETIGA : RM800.00 + PIALA + SIJIL

TARIKH TUTUP PADA 30 JUN 2008
Sila hubungi En. Benedick Oliver Lidadun untuk keterangan lanjut. Tel 0198620357

Sunday, April 20, 2008

MESYUARAT AJK PERTISA 20 APRIL 2008

Pada 20 April 2008, AJK PERTISA telah mengadakan mesyuarat bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Muzium, Sabah. Antara perkara yang telah dibincangkan ialah;
  • pengendalian blogsite PERTISA - tindakan En.Narsisius dan En.Simon Bukag.
  • pengendalian Pusat PERTISA - Tindakan En. Simon Bukag dan En. Narsisius. Dijangka akan beroperasi dalam bulan Mei 2008.
  • Penerbitan 'Song Book' PERTISA - Tindakan En. Narsisius. Dijangka akan selasai sebelum 30 Mei 2008.
  • Pendaftaran Ahli-Ahli PERTISA Dalam MACP- Tindakan Semua AJK. Maklumat lanjut Hubungi En. Narsisius. Tel 0168447514
  • Penganjuran Kaamatan PERTISA. Tarikh yang telah diputuskan ialah pada 20 Jun 2008. Mesyuarat pembentukan AJK akan diadakan pada 9 MEi 2008. - Tindakan Semua AJK.
  • Penganjuran Makan Amal PERTISA 2008. Tarikh yang telah ditetapkan pada 29 November 2008. - Tindakan Datuk Presiden
  • Persembahan Artis-Artis PERTISA pada 30 dan 31 Mei 2008 Kaamatan Peringkat Nageri. - Tindakan En. Narsisius dan En. Evertus Gungkit.
  • Penjualan Produk PERTISA Sempena Kaamatan Peringkat Negeri 2008. - Tindakan En. Simon Bukag dan AJK PERTISA.

*PERTISA mengalu-alukan ahli-ahli untuk mendapatkan borang MACP daripada AJK untuk pendaftaran karya-karya mereka dalam MACP secepat mungkin.* atau melayari terus website MACP http://www.macp.com.my/news.html.

Wednesday, April 16, 2008

Sunday, April 13, 2008

AKTIVITI AWAL TAHUN PERTISA 2008

Pada 13 April 2008 artis-artis PERTISA telah bekerjasama dengan pihak Tabung Darah Hospital Queen Elizebeth dan Paraoki Gereja Good Shepherd Menggatal menganjurkan aktiviti amal menderma darah. Pada masa yang sama artis-artis PERTISA membuat persembahan nyanyian sambil bermesra dengan umat-umat di Gereja Good Shepherd. Menggatal.
Antara artis dan ahli PERTISA yang datang menyumbangkan tenaga ialah;
  1. En. Everitus Gungkit
  2. En. Narsisius Justin Misin
  3. En. Gilbert Gondungan
  4. Leonard Ingging
  5. Marta Ginun
  6. Aloysia Salipad
  7. Thomas Gadid
  8. DR. Lau
  9. Gilbert Masallinus
  10. Marius Eyuk

Selain aktiviti menderma darah sambil berhibur bersama artis tempatan PERTISA, pihak penganjur juga menyediakan beberapa aktiviti kepada umat-umat yang hadir. Antaranya ialah pertandingan nyanyian kanak-kanak dan orang dewasa. Pihak penganjur juga telah memberi sumbangan dalam bentuk beras kepada mangsa-mangsa banjir yang lalu. Aktiviti menderma darah berakhir kira-kira jam 2.00pm.