Wednesday, September 17, 2008

Tolong beri komen anda....

Artikel ini benar-benar menarik perhatian saya.Saya jumpa artikel ini didalam blog D-BossFm(D-bosFm!!jgn ko saman sa pula pasal sa copy artikel ini..hehe..).Semasa Kaamatan 2008 di KDCA yang lalu, rakan saya NARS mengajak saya untuk menyertai Peratuan PERTISA ini.Dia kata, mereka sedang berusaha menarik seberapa ramai dan kalau boleh semua pengiat seni diSabah, tidak kiralah penyanyi, pelakon, pengarah, penulis lirik, pemain muzik dan yg seerti dgnnya menjadi ahli persatuan ini. Timbul juga persoalan diminda saya ketika itu terutama apa matlamat utama PERTISA, apa aktiviti PERTISA yg dapat membawa kebaikan kepada ahli-ahli yg menyertai. Namun disebabkan tidak mahu banyak soal, saya pun menyertai persatuan ini dengan mengisi borang dan bayaran RM50 sebagai sokongan walaupun saya masih samar-samar akan matlamat dan misi yg dibawa oleh persatuan ini.Kawan punya pasal, nda apalah....Hari ini,apabila membaca keseluruhan artikel ini, baru saya faham dan yakin bahawa persatuan ini komited dalam memperjuangkan hasil karya pengiat seni diSabah agar terus maju dan mendapat pengiktrafan dari masyarakat khususnya diSabah.Ini sudah tentu memberi impak besar dan manfaat yg berguna kepada pengiat seni tempatan di Sabah. Sekurang-kurangnya ini memberi sedikit semangat dan dimensi baru agar mereka yg terlibat dalam arena seni sentiasa berusaha dan memperbaiki hasil karya mereka supaya layak untuk mendapat pengiktirafan.Dan semalam juga rakan saya si NARS pula menghantar pesanan ringkas mengenai pencalonan saya dalam 3 kategori(nda taulah mana satu kategori)untuk anugerah ini benar-benar mengejutkan saya. Saya sendiri tidak pasti sejauh mana hasil karya saya ini dapat diterima memandangkan album yg saya keluarkan hanya beberapa bulan yg lalu.Namun pencalonan ini sekurang-kurangnya satu petunjuk yg orang lain nampak akan kewujudan karya saya di Sabah. Berbalik kepada soal keahlian PERTISA tadi, saya melihat penyertaan artis yg mempuyai nama besar seperti, Abu Bakar Ellah, Asmin Mudin dan Clarice pasti memberi suntikan baru kepada persatuan ini. Dan timbul pula idea saya untuk sama-sama membantu persatuan ini agar keahlian terus bertambah pada masa akan datang. Saya harap idea saya ini sekiranya belum diusulkan agar dapat disampaikan pada masyuarat PERTISA akan datang.Saya ingin mencadangkan supaya pertisa membuat "PREVILLIGE CARD" khas untuk semua ahli yang berdaftar dengan persatuan ini. Fungsi,keistemewaan dan kebaikan kad ini seperti dibawah:1. Kad ini merupakan pengenalan diri dan pengiktirafan dalam persatuan ini.Ini merupakan kad istemewa yg hanya dimiliki oleh artis di bawah persatuan ini. Detail seperti nama pena, nama penuh dan sebagainya akan menjadikan kad ini mempunyai nilai estitika tersendiri.Tapi ini bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk..2. Kad ini juga mungkin boleh digunakan untuk pengesahan seseorang artis sebagai bukti dalam urusan-urusan seperti permohonan ahli MSCP dan sbgnya. 3. Kad ini boleh digunakan untuk mendapatkan diskaun istemewa untuk produk dibawah PERTISA. Sekiranya dipersetujui, kad ini melayakkan pemegang mendapat diskaun istemewa apabila mereka membeli apa-apa produk yg dijual oleh pertisa seperti CD, VCD, cenderamat dsb. Ini secara tidak langsung membantu rakan artis melariskan jualan produk.4. Memandangkan yuran keahlian RM50 hanya diatas kertas, pemberian secara automatik kad ini apabila menjadi ahli merupakan satu galakan dan pulangan.Saya percaya sekirannya sekalipun kad ini mempunyai tempoh sah, ahli akan sanggup memperbaharui dengan sedikit bayaran(Cth RM20/sthn)kerana kebaikan no.3 diatas pasti lebih tinggi dari bayaran keahlian setahun. Secara tidak langsung, ini juga merupakan pendapatan berterusan PERTISA daripada renewal kad ini. Pembaharuan ini pula boleh dibuat semasa Pesta Kaamatan setiap tahun.5. Kamurang fikir lah sendiri...huhu...
Posted by AdeX at 11:57 AM 3 comments

2 comments:

kandawai said...

okey...kalu buli panjang2 sa cuba sampaikan ulasan aku untuk setiap cadangan yang ada di blog pertisa ini....
sebagai antara orang 'tua' di persatuan ini rasanya saya patut bagi komen....
macam yang AdeX cadangkan...ia pada saya memang satu cadangan yang bermanfaat (rasanya semua bersetuju)
tetapi yang paling penting kita (dengan sepenuh hati) perlu menunjukkan kesungguhan serta komitmen terhadap setiap pergerakan persatuan ini...pada saya, selepas bersama2 dalam persatuan ini sejak mula penubuhan sehingga kini telah ada perkembangannya...dan kerana apa? ya! tepat sekali kerana adanya semangat ahli-ahli untuk terus memperjuangkan kemajuan artis tempatan keseluruhannya dalam pelbagai sudut.
memang tidak dinafikan ada juga yang mulai berputus asa...malah berpandangan serong dengan persatuan tetapi kesabaran, ketabahan dan keyakinan semua ahli yang ingin melihat satu kemajuan mengatasi segalanya.
apapun pandangan atau cadangan, perlu kita sertakan dengan usaha...(maksud saya usaha bersama) untuk merealisasikannya.
sekarang ini nampaknya telah ada satu lonjakan pencapaian persatuan ini terutamanya apabila nama-nama besar dalam bidang seni (berbanding aku yang kerdil ini) turut meletakkan kepercayaan mereka bahawa PERTISA boleh dijadikan wadah mencapai tahap tertinggi para artis...
oleh itu, tahniah!Tahniah PERTISA, tahniah para ahli (yang menyokong) dan tahniah semua...kepada para ahli yang sudah lama tidak bersama2 inilah masanya untuk kita gabungkan tenaga, gemblengkan usaha ke arah satu tujuan bersama....-LP.Ally Raphiel Pinus

AdeX said...

Ya,Kandawai!!!Actually in saja idea kecil sa yg dapat disumbangkan untuk PERTISA buat masa ini.Ini adalah asas bagi kita bila mahu menawarkan sesuatu yang baru kepada org lain.Walaupun persatuan ini bukan baru tetapi ramai lagi yg tidak tahu dan perlu sesuatu untuk yakinkan mereka.Mungkin tugas kita lebih senang bila ada kad ini dan tunjuk ini salah kelebihan menjadi ahli.Sbg org baru, saya sentiasa menyokong kemajuan persatuan ini dan saya percaya pertisa mampu berdiri teguh seiring dengan misi dan matlamat penubuhannya...PERTISA tatap boleh!!!