Thursday, September 11, 2008

Album Terbaru Artis Tempatan Sabah.


Album Pibabasan



Album ini diterbitkan oleh Vision Recording Studio (VRS) Tambunan. Menampilkan Penyanyi Tiga Beradik iaitu Christopher Kondungan, Lukas Kondungan Dan Gilbert Gondungan. Album ini menghimpunkan 10 buah lagu pelbagai rentak iaitu:- Cha-cha, Slow Rock, Pop, R&R dan Sumazau.. menampilkan Christopher Kondungan sebagai teraju utama dimana 8 buah lagu dinyanyikannya. Dua buah lagu lagi dinyanyikan oleh Lukas Kondungan dengan keunikan suaranya yang jarang-jarang kita dengar.. dan sebuah lagu lagi dinyanyikan oleh Gilbert Gondungan yang juga merupakan Setiausaha Agung PERTISA.
Antara lagu yang menarik dan istimewa dalam album ini ialah lagu bertajuk "Pibabasan Igitai Toh" Ciptaan Saudara Evaristus Gungkit dan dinyanyikan oleh Setiausaha Agung PERTISA Gilbert Gandungan. Lagu berentak Pop yang mempunyai kekuatan melodi dan Lirik lagu yang amat mendalam ini Pasti menggamit perasaan mereka yang mendengarnya.. "Rugi korang klu tia dengar ni lagu" ( C Badadang Bilang...)
Lagu-lagu lain yang terdapat dalam album ini ialah: Malu-malu tapi mau-mau.., Umandak Kada Kosumbung.., Miupus Om miginawo Kou.., Kanou Pogi Manari.., Oudut koh pama doho.., Ginawo ku Kakal Mupus Dika.., Tonudo noh Boros Molohing nu.., Amy Pogihum noh suai (Lukas Kondungan) dan Oi Eddy Giatai Noh Sumikul.






Mix Dusun Kimaragang 2008
Album Terbitan Diamond Home Studio Kota Marudu ini menampilkan Dua orang penyanyi baru dari suku Dusun Kimaragang iaitu Mayy Mainah dan Tensin. Album yang berkonsepkan Sumazau ini juga juga menyelitkan rentak Dangdut dan pop dalam adunan musik mereka. Antara lagu-lagu yang terdapat dalam album ini ialah: Sumandak Pingan-pingan., SMS Pitongkiadan., Kinupi Koubasanan., Piginawaan au notilombus., Okon koh kito' o Jodoh.., Nunug Poimpasi Kou poh Da'a.., Piombolutan Nosiliu Pitagadan.., Janji Pukul Lapan.., Molohing nu au Asaga dan Okon koh Magada dika.

No comments: