Saturday, September 6, 2008

Mesyuarat Makan Amal PERTISA

Pada 05 Sept 2008 (Jumaat), PERTISA telah mengadakan mesyuarat Makan Amal yang ke -3. Kehadiran ahli pada mesyuarat kali ini agak memuaskan. Antara agenda utama yang dibincangkan ialah pembentangan kertas kerja Anugerah Artis Tempatan Sabah hasil daripada cadangan En. Abu Bakar Ella (Ampal) dan Asmin Mudin (Umbut). Antara kategori Anugerah Artis Tempatan Sabah yang dipertandingkan dan diadili sepenuhnya oleh orang awam ialah:

1. Artis Tempatan Paling popular
2. Penyanyi Lelaki Tempatan Paling Popular
3. Penyanyi Perempuan Paling Popular
4. Lagu Tempatan Paling Popular
5. Pelakon Lelaki Tempatan Paling Popular
6. Pelakon Perempuan Tempatan Paling Popular
7. Telemovie Paling Popular.

Syarikat rakaman atau individu yang ingin mencalonkan mana-mana kategori tersebut akan dikenakan yuran pencalonan sebanyak RM50.00 kecuali kategori Anugerah Telemovie Paling Popular dikenakan yuran sebanyak RM100.00.




C Umbut sedang memberi penjelasan tentang perlaksanaan majlis anugerah artis tempatan Sabah pada malam Makan Amal Pertisa.


Antara ahli PERTISA yang hadir dalam mesyuarat pada 05 Sept 2008. Kelihaan Mr. Ampal, En. Mark M, En. Julius Guduk dan En.Landree Asing.



No comments: