Sunday, April 13, 2008

AKTIVITI AWAL TAHUN PERTISA 2008

Pada 13 April 2008 artis-artis PERTISA telah bekerjasama dengan pihak Tabung Darah Hospital Queen Elizebeth dan Paraoki Gereja Good Shepherd Menggatal menganjurkan aktiviti amal menderma darah. Pada masa yang sama artis-artis PERTISA membuat persembahan nyanyian sambil bermesra dengan umat-umat di Gereja Good Shepherd. Menggatal.
Antara artis dan ahli PERTISA yang datang menyumbangkan tenaga ialah;
  1. En. Everitus Gungkit
  2. En. Narsisius Justin Misin
  3. En. Gilbert Gondungan
  4. Leonard Ingging
  5. Marta Ginun
  6. Aloysia Salipad
  7. Thomas Gadid
  8. DR. Lau
  9. Gilbert Masallinus
  10. Marius Eyuk

Selain aktiviti menderma darah sambil berhibur bersama artis tempatan PERTISA, pihak penganjur juga menyediakan beberapa aktiviti kepada umat-umat yang hadir. Antaranya ialah pertandingan nyanyian kanak-kanak dan orang dewasa. Pihak penganjur juga telah memberi sumbangan dalam bentuk beras kepada mangsa-mangsa banjir yang lalu. Aktiviti menderma darah berakhir kira-kira jam 2.00pm.

1 comment:

nars said...

Syabas ahli-ahli PERTISA berjasa dan berbakti untuk masyarakat.Perjuangan yang mulia harus diteruskan.