Tuesday, April 29, 2008
PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU BANDARAYA KOTA KINABALU
terbaik. Senikata hendaklah bertemakan Bandaraya Kota Kinabalu
yang meliputi visi, misi,objektif , fungsi dan aktiviti DBKK.
Lagu yang terpilih akan dipersembahkan oleh wakil daripada
Bandaraya Kota Kinabalu sebagai lagu wajib ke pertandingan
Idola Antara Bandaraya yang di adakan pada setiap tahun.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
1. WARGANEGARA MALAYSIA.
2. LAGU DAN LIRIK MESTILAH TULIN DAN TIDAK DITIRU
DARI MANA-MANA SUMBER.
3. LIRIK HENDAKLAH BERTEMAKAN BANDARAYA
KOTA KINABALU YANG MERANGKUMI VISI, MISI, FUNGSI
DAN AKTIVITI DBKK.
4. PENGANJUR BERHAK MENOLAK LAGU CIPTAAN TIRUAN.
5. PIHAK PENGANJUR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
TERHADAP PESERTA SEKIRANYA TERDAPAT PELANGGARAN
TERHADAP MANA-MANA UNDANG-UNDANG YANG BERKAITAN.
6. SETIAP KARYA YANG MENDAPAT HADIAH PERTANDINGAN
AKAN MENJADI HAK MILIK PENGANJUR DENGAN
MENGEKALKAN NAMA PENCIPTA ASAL.
7. PENCIPTA BOLEH MENGHANTAR LEBIH DARIPADA SATU
KARYA CIPTAAN.
8. HANYA 5 KARYA TERBAIK AKAN DIPILIH UN
TUK PENILAIAN AKHIR.
9. JOHAN ATAU LAGU CIPTAAN TERBAIK AKAN DIPILIH
UNTUK MENJADI LAGU WAJIB KEPADA PESERTA
PERTANDINGAN IDOLA ANTARA BANDARAYA DI MALAYSIA
YANG AKAN DIADAKAN DI KUCHING, SARAWAK PADA
OGOS 2009 DAN
EKALI LAGI LAGU TERSEBUT AKAN DIPERTANDINGKAN
UNTUK HADIAH LAGU CIPTAAN TERBAIK.
10. HASIL KARYA HENDAKLAH DIHANTAR DALAM
FORMAT AUDIO DALAM BENTUK CD.
11. PENGANJUR BERHAK UNTUK MENGUBAH MANA-MANA
SYARAT INI MENGIKUT KESESUAIAN DAN KELICINAN
PROSES PENGURUSAN PERTANDINGAN.
12. PANEL HAKIM AKAN DILANTIK OLEH PENGANJUR
DAN SEBARANG BANTAHAN DALAM APA JUA BENTUK
TERHADAP KEPUTUSAN TIDAK AKAN DILAYAN.
HADIAH:
JOHAN : RM 1300.OO + PIALA + SIJIL
NAIB JOHAN : RM1000.00 + PIALA + SIJIL
KETIGA : RM800.00 + PIALA + SIJIL
TARIKH TUTUP PADA 30 JUN 2008
Sila hubungi En. Benedick Oliver Lidadun untuk keterangan lanjut. Tel 0198620357
Sunday, April 20, 2008
MESYUARAT AJK PERTISA 20 APRIL 2008
- pengendalian blogsite PERTISA - tindakan En.Narsisius dan En.Simon Bukag.
- pengendalian Pusat PERTISA - Tindakan En. Simon Bukag dan En. Narsisius. Dijangka akan beroperasi dalam bulan Mei 2008.
- Penerbitan 'Song Book' PERTISA - Tindakan En. Narsisius. Dijangka akan selasai sebelum 30 Mei 2008.
- Pendaftaran Ahli-Ahli PERTISA Dalam MACP- Tindakan Semua AJK. Maklumat lanjut Hubungi En. Narsisius. Tel 0168447514
- Penganjuran Kaamatan PERTISA. Tarikh yang telah diputuskan ialah pada 20 Jun 2008. Mesyuarat pembentukan AJK akan diadakan pada 9 MEi 2008. - Tindakan Semua AJK.
- Penganjuran Makan Amal PERTISA 2008. Tarikh yang telah ditetapkan pada 29 November 2008. - Tindakan Datuk Presiden
- Persembahan Artis-Artis PERTISA pada 30 dan 31 Mei 2008 Kaamatan Peringkat Nageri. - Tindakan En. Narsisius dan En. Evertus Gungkit.
- Penjualan Produk PERTISA Sempena Kaamatan Peringkat Negeri 2008. - Tindakan En. Simon Bukag dan AJK PERTISA.
*PERTISA mengalu-alukan ahli-ahli untuk mendapatkan borang MACP daripada AJK untuk pendaftaran karya-karya mereka dalam MACP secepat mungkin.* atau melayari terus website MACP http://www.macp.com.my/news.html.
Wednesday, April 16, 2008
Sunday, April 13, 2008
AKTIVITI AWAL TAHUN PERTISA 2008
Antara artis dan ahli PERTISA yang datang menyumbangkan tenaga ialah;
- En. Everitus Gungkit
- En. Narsisius Justin Misin
- En. Gilbert Gondungan
- Leonard Ingging
- Marta Ginun
- Aloysia Salipad
- Thomas Gadid
- DR. Lau
- Gilbert Masallinus
- Marius Eyuk
Selain aktiviti menderma darah sambil berhibur bersama artis tempatan PERTISA, pihak penganjur juga menyediakan beberapa aktiviti kepada umat-umat yang hadir. Antaranya ialah pertandingan nyanyian kanak-kanak dan orang dewasa. Pihak penganjur juga telah memberi sumbangan dalam bentuk beras kepada mangsa-mangsa banjir yang lalu. Aktiviti menderma darah berakhir kira-kira jam 2.00pm.
Persembahan Everitus Gungkit
Aktiviti PERTISA
Friday, April 11, 2008
LAGU PERTISA
Lagu dan lirik :Narsisius Justin Misin
08hb july 2006
Kamilah ahli PERTISA
Berazam dan berwawasan
Teguh pendirian memartabatkan
Warisan seni budaya bangsa
Diwarisi zaman berzaman
Kebanggaan rakyat jelata
Seiring tekad berjuang
PERTISA mencipta nama
Kecemerlangan puncak dituju
Destinasi wawasan kita
Cho
Bersatu teguh bercerai roboh
PERTISA pasti gemilang
Melangkah ke depan impian bersama
Wawasan puncak dituju
Ayuh…. Kita semua bergandingan tangan
Melindungi warisan kita
Semaikan semangat teguh berwawasan
PERTISA cemerlang di persada
PERTISA nama gemilang
PERTISA nama terbilang
Jadi kemegahan kita bersama
PERTISA… oh ,….PERTISA……
PERTISA
Sejarah penubuhan Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA)
IDEA untuk menggabungkan semua artis tempatan di negeri ini sememangnya telah lama wujud, namun disebabkan ketiadaan tindakan, hal ini telah membantutkan keinginan untuk merealisasikan penubuhan sebuah persatuan menaungi para artis.
Tindakan serius hanya bermula apabila LP. Ally @ Raphiel Pinus, yang bertugas sebagai Sub Editor ruangan Bahasa Kadazandusun dan juga seorang wartawan di akhbar New Sabah Times dan sering menulis artikel berkaitan hiburan tempatan mendapat maklum balas positif daripada artis-artis tempatan yang ditemuramahnya.
Setelah mendapat pelbagai pandangan dan dorongan mengenai penubuhan sebuah persatuan daripada rakan-rakan antaranya penggiat seni teater Datu’ Ruslan Sulai, pada April 2002, LP. Ally telah menghubungi penyanyi dan juga pemilik Studio Beverly Universal Music (BUMC) Record, Hyelarry Tommy Sembeh untuk bertemu bagi membincangkan penubuhan persatuan. Turut hadir pada pertemuan itu, Saudara Ariffin Gata.
Susulan daripada pertemuan itu, mereka merangka draf (termasuk undang-undang) penubuhan persatuan seterusnya memutuskan untuk memanggil beberapa penyanyi dan penerbit album untuk pertemuan selanjutnya.
Awal Jun 2002, seramai lapan artis dan penerbit antaranya George Pudon, Hain Jasli, Francis Landong (Bamboo Sound Studio), Hyelarry, LP. Ally dan beberapa yang lain membuat pertemuan susulan bertempat di Bilik Mesyuarat Hotel Hyatt Kota Kinabalu.
Pada pertemuan itu, mereka telah memutuskan untuk menyenaraikan ahli-ahli jawatankuasa (AJK) Penaja persatuan dengan melantik Francis Landong (Presiden), Hyelarry (Timbalan Presiden). LP. Ally pula dilantik sebagai setiausaha sementara merangkap AJK siar raya, manakala George Pudon (Bendahari).
Nama ‘PERTISA’ singkatan bagi ‘Persatuan Artis Tempatan Sabah’ juga telah dipersetujui sebulat suara ketika itu. PERTISA akan menjadi naungan kepada semua artis tempatan dari semua kaum yang ada di negeri ini.
Diputuskan juga bahawa keanggotaan PERTISA juga tidak hanya terhad kepada penyanyi sahaja sebaliknya turut membabitkan pemuzik, pencipta dan penggubah lagu, penulis lirik, pembuat alat muzik (tradisional dan moden), pelakon, pelawak, penari, juruhebah radio, jurutera bunyi, penerbit dan mereka yang termasuk dalam kategori artis.
Pada pertemuan itu, AJK Penaja ini telah mengambil keputusan untuk mewar-warkan perjumpaan dengan semua artis dari seluruh negeri dalam satu perjumpaan khas.
Dengan kerjasama Jabatan Penyiaran Malaysia Kawasan Sabah (RTM) Kota Kinabalu dan akhbar New Sabah Times yang mengumumkan jemputan pertemuan itu yang diadakan pada penghujung Jun 2002 bertempat di bilik mesyuarat TNGC di Jalan Bundusan, Penampang lebih 60 artis dari seluruh negeri telah hadir.
Berikutan sambutan menggalakkan itu membolehkan beberapa keputusan dipersetujui termasuk mengisi kekosongan-kekosongan jawatan untuk ahli jawatankuasa tertinggi dan biro-biro terlibat.
Senarai AJK yang dipersetujui pada pertemuan itu telah dihantar ke Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk diluluskan.
Satu lagi pertemuan diadakan pada Ogos 2002, bertempat di Bilik Mesyuarat Bangunan Hongkod Koisaan (KDCA) Penampang dimana kehadiran melebihi seratus orang seterusnya menganggotai PERTISA.
Petemuan itu juga antara yang bersejarah kerana ketika itu, Datuk Joseph P. Guntavid, Pengarah Muzium Negeri menyerahkan borang keahlian beliau seterusnya menerima tugas sebagai Penaung PERTISA.
Hasil usaha gigih dan sokongan berterusan ahli-ahli persatuan, pada Semptember 2003 berita gembira diterima bahawa pendaftaran PERTISA diluluskan oleh ROS. Dan penerimaan sijil diwakili Timbalan Presiden Hyelarry Sembeh dilangsungkan pada Oktober 2003.
Pada 6 Disember 2003, majlis gilang gemilang pelancaran PERTISA disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Seri Bernard Dompok di Berjaya Palace Hotel, Kota Kinabalu seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung pertama PERTISA.
Matlamat PERTISA.
Antara matlamat PERTISA ialah:
- membantu kerajaan Negeri Sabah untuk mempromosikan kebudayaan dan kesenian tempatan kepada para pelancong dalam dan luar negeri.
- memastikan kesinambungan khazanah seni muzik dan menggalakkan pertumbuhan industri muzik tempatan khasnya di negeri Sabah dan amnya di seluruh negara secara sihat
- menjaga hak asasi dan kebajikan para artis tempatan
- memberi khidmat nasihat khususnya yang berkaitan dengan prosedur penerbitan album dan sebagainya.
- menggalakkan dan meningkatkan mutu ciptaan karya-karya seni tempatan.
Keahlian PERTISA.
Terbuka kepada semua warga negara malaysia yang bermastautin di Sabah lebih daripada 10 tahun dan berumur 18 tahun ke atas. Berminat dalam industri hiburan dan muzik.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli PERTISA boleh menghubungi Datuk Joseph Guntabid, Presiden PERTISA, En. Everitus Gungkit T. Presiden dan AJK yang lain untuk keterangan yang lebih lanjut.
Thursday, April 10, 2008
Info Terkini
| Aturcara Sugandoi Kaamatan 2008 Sempena Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2008 | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() | Aturcara Sugandoi Kaamatan 2008 Sempena Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2008 di Hongkod Koisaan, Penampang 17 MEI 2007 (SABTU) Pertandingan Dazanak & Songkotoun Sugandoi Kaamatan 2008 9:30 – 11:00 Pagi 9:00 – 2:00 Petang 9:00 – 2:00 Petang 2:00 Petang 18 MEI 2008 (AHAD) Pertandingan Akhir Dazanak & Separuh Akhir Songkotoun Sugandoi Kaamatan 2008 9:00 – 10:00 Pagi 10:00 Pagi – 1:00 Ptg 6:00 Petang 6:45 Petang 7:00 Malam 7:30 Malam 9:00 Malam 19 MEI 2008 (ISNIN) Pertandingan Sugandoi Kaamatan 2008 (Pendaftaran & Latihan) 9:00 – 11:00 Pagi 11:00 – 12:00 T/hari 12:00 – 6:00 Petang 6:00 – 7:00 Malam 7:00 – 11:00 Malam 20 MEI 2008 (SELASA) Pertandingan Sugandoi Kaamatan 2008 (Latihan) 9:00 Pagi – 1:00 Ptg 1:00 – 2:00 Petang 2:00 – 6:00 Petang 21 MEI 2008 (RABU) Pertandingan Separuh Akhir Sugandoi Kaamatan 2008 9:00 Pagi – 1:00 Ptg 7:00 Petang 11:00 Malam 22 MEI 2008 (KHAMIS) Pertandingan Akhir Songkotoun dan Sugandoi Kaamatan 2008 (Latihan) 9:00 – 12:00 T/hari 12:00 – 2:00 Petang 2:00 – 6:00 Petang 23 MEI 2008 (JUMAAT) Pertandingan Akhir Songkotoun dan Sugandoi Kaamatan 2008 9:00 – 12:30 T/hari 12:30 – 5:00 Petang 5:00 Petang 6:30 Petang 6:45 Petang 7:00 Malam 7:20 Malam 8:30 Malam |
Wednesday, April 9, 2008
Sesi Bergambar Ahli-Ahli PERTISA 2008
SENARAI AJK PERTISA 2008
PENAUNG : EN. PHILIP LASIMBANG
PENASIHAT : DRs MONIH EPIN
PRESIDEN: DATUK JOSEPH P. GUNTABID
T/PRESIDEN: BARITUS GUNGKIT @ EVERITUS
NAIB T/PRESIDEN 1 : LEANORD INGGING
NAIB T/PRESIDEN 2 : PN. MARTA GINUN
NAIB T/PRESIDEN 3 : CIK JULIAH HJ. AMILASAN
NAIB T/PRESIDEN 4 : BENEDICK OLIVER LIDADUN
SETIAUSAHA : EN. GILBERT GANDUNGAN
P/SETIAUSAHA: FELIX DON
BENDAHARI: EN. EDWARD KATING
AJK KECIL:
- LP RAPHEAL PINUS - Bahagian Media Dan Jurugambar
- JULIUS GUDUK - Bahagian Keselamatan
- NARSISIUS JUSTIN MISIN - Bahagian Pementasan
- SIMON BUKAG - Bahagian Pemasaran
- ALBERT MARK -Bahagian Pembangunan