Wednesday, August 26, 2009

SEKITAR HARI TERBUKA DAN TADAU KAAMATAN PERTISA 2009

Para pemenang Sugandoi PERTISA 2009


Ivy Alexandra bersama Jeffrey Anjuman


Lenard Ingging Bersama Johan Sugandoi PERTISA 2009 Sheryll Josh.


Martha buat lawak dgn Jeffrey..


Salah seorang daripada Pengadil Unduk Ngadau.

Para Finalist Sugandoi bergambar Selapas Keputusan Diumumkan.



Aksi Seorang Johan Sugandoi PERTISA 2009.


Pemenang Unduk Ngadau Bergambar bersama Presiden PERTISA Datuk Joseph P. Guntavid, Datin Dan Pengerusi Unduk Ngadau Pn. Martha Ginun.


"Gong Brothers" PERTISA.


Kelihatan Penaung Pertisa Ybgh. Philip B. Lasimbang Bersama Presiden PERTISA Datuk Joseph P. Guntavid sedang Sumazau semasa Acara Menyambut tetamu.



Presiden PERTISA Sumazau Bersama Finalist Unduk Ngadau.




Setelah Menyepi seketika selepas PERTISA menganjurkan Anugerah PERTISA pada tahun 2008, sekali lagi pada tahun ini, PERTISA menganjurkan Program tahunannya yang ditunggu-tunggu bukan sahaja oleh Ahli-ahlinya tetapi juga seluruh Masyarakat yang menyokong Perjuangan Artis tempatan Sabah.

Pelbagai acara telah diadakan, antaranya ialah:
Sukan Tradisi, Sukan kanak-kanak, Pertandingan masakan tradisi, Pertandingan Sugandoi dan semestinya acara kemuncak Perayaan Kaamatan iaitu Unduk Ngadau. Juga diadakan sepanjang Program ini ialah : Pendaftaran Ahli Baru, Semakan Yuran dan Promosi dan jualan Produk Artis PERTISA.

Walaupun penganjuran Hari Terbuka dan Tadau Kaamatan PERTISA tahun ini terlewat sedikit namun ianya berjaya mencapai Objektifnya. mungkin ramai yang bertanya, kenapakah PERTISA masih menganjurkan Kaamatan sedangkan Musim Perayaan Kaamatan telah lama berlalu..

Sebenarnya, Kaamatan PERTISA adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan sekitar Bulan May dan Jun pada kebiasaannya, namun pada tahun ini penganjuran agak terlewat kerana hampir keseluruhan AJK dan ahli PERTISA terlibat dengan Penganjuran Kaamatan Peringkat Negeri , Daerah mahupun Peringkat kampung sepanjang bulan May dan Jun tahun ini.
begitupun.. seperti kata-kata Penaung PERTISA Ybgh. Philip B. Lasimbang, " Tidak semestinya Kaamatan itu dirayakan pada bulan mei sahaja.. walaupun dirayakan selepas bulan Mei apa yang penting ialah Objektif Perayaan itu tercapai.. dan itulah yang berlaku.

Dalam kesempatan ini, PERTISA ingin mengucapkan Jutaan terima kasih kepada para Penderma dan Penyumbang dana yang budiman kerana tanpa anda, tidak mungkin Program ini dan apa jua program Persatuan boleh berjalan dengan lancar. Apatah lagi Persatuan ini tidak mendapat sokongan dana dari pihak kerajaan.

Kepada Semua Ahli yang setia bersama PERTISA, Teruskan Sokongan anda. " kerana andalah.. maka Persatuan ini Wujud dan Anda semua adalah Tonggak kekuatan PERTISA.."

Teruskan Bersama PERTISA... Program PERTISA yang seterusnya ialah KONSERT PERTISA sekitar hujung tahun ini..

1 comment:

kelupis said...

Aramai Tih!Tahniah utk Preiden PERTISA & semua org kuat persatuan ni.teruskan buat aktiviti,sia sukung 100%!