Saturday, October 4, 2008

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN ANUGERAH ARTIS TEMPATAN SABAH 2008

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN ANUGERAH PERTISA 2008.

1. Calon mestilah anak watan Negeri Sabah dan Warga Negara Malaysia.
2. Calon yang berasal daripada Semenanjung Malaysia mestilah bermastautin 10 tahun keatas di Sabah.
3. Mempunyai Album (CD,VCD,DVD atau Kaset) secara single atau kompilasi.
4. Bahasa yang digunakan adalah bebas.
5. Lagu ciptaan mestilah asli. Persamaan melodi melebihi 4 bar dengan melodi lagu ciptaan lain adalah tidak layak).
6. Bagi Telemovie, pelakon-pelakon mestilah anak watan Sabah.
7. Setiap peserta boleh mencalonkan seberapa banyak penyertaan dalam semua kategori.
8. Yuran penyertaan adalah RM 50.00 (Kategori A-F) dan RM100.00 untuk Telemovie(kategori G).
9 Keputusan adalah muktamad.
10 Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10.11.2008
11. Undian melalui akhbar New Sabah Times akan ditutup pada 29 November 2008.
12. Pengiriman borang undian bukan bukti penerimaan.
13. Penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat tidak akan diterima untuk mengikuti
pertandingan ini serta yuran penyertaan tidak akan dikembalikan.
14. Sebarang pencalonan untuk anugerah telemovie paling popular haruslah mendapat pengesahan daripada Syarikat berkenaan (syarikat yang menerbitkan telemovie berkenaan).
15. Jika calon didapati terbabit dengan kes-kes yang melibatkan jenayah, penyertaan akan dibatalkan dan wang penyertaan tidak akan dikembalikan.

FORMAT PERTANDINGAN.

1. Pertandingan ini diadili berdasarkan undian melalui akhbar New Sabah Times.
2. Undian boleh dibuat sebeberapa banyak tetapi mestilah menggunakan keratan asal akhbar New Sabah Times dan dipangkah menggunakan pen mata bulat.
3. Borang penyertaan boleh diambil daripada Pusat Pertisa di Jabatan Muzium ataupun melalui WEB Pertisa (http://pertisasabah.blogspot.com)
4. Bayaran Penyertaan boleh dibuat sperti berikut:-
4.1 Melalui Wang Pos Malaysia atas nama Persatuan Artis Tempatan Sabah dan dihantar kepada Pusat Pertisa di Jabatan Muzium bersama-sama dengan borang penyertaan atau

4.2 Melalui akaun Pertisa melalui nombor 101960010025711 di Alliance Bank dan faxkan borang penyertaan serta slip pembayaran ke 088-263632, 088-421107 atau 088-773606.
5. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:-
1. En. Abu Bakar Ellah (Tel: 0198101530),
2. En. Evaristus Gungkit (Tel: 0168173159) ,
3. En. Asmin Mudin (Tel: 0168360736),
4. En. Gilbert Gondungan (Tel: 0138713372),
5. En. Narsisius Justin Misin (Tel: 0168447514)
6. En. Edward Kating (Tel: 0198405442).
7. En. Simon Bukag (0148628477)
8. En. James Sami (0195326767)

No comments: