Saturday, August 30, 2008

Suntikan Semangat Buat PERTISA.

Comporser terkenal Asmin Mudin @ Umbut dengan gaya "selamba"nya menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PERTISA Datuk Joseph P. Guntavid. Turut Kelihatan Penaung Pertisa Ybgh. Philiph Lasimbang, Bendahari Pertisa dan Ajk Pertisa En. Albert Mark dan Beatrice Mujip.
Abu Bakar Ellah (ABE) Menyerahkan Borang Keahlian Kepada Presiden PERTISA. Turut disaksikan oleh Penaung PERTISA Ybgh. Philip Lasimbang.


Asmin Mudin, Clarice J. Matha Dan Abu Bakar Ellah Ketika Menyerahkan Borang Keahlian PERTISA.

ABE Sempat buat lawak ketika menyerahkan borang keahlian. Issh..Isshh.. Issh.. si Albert dan Beatrice Sampai geli Hidung dibuatnya.. hehehe !

Asmin Mudin, Abu Bakar Ellah dan Clarice Sah Jadi Ahli Pertisa
Tarikh 22hb Ogos 2008 adalah merupakan salah satu lagi tarikh bersejarah buat Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA). Tiga Nama Besar Dalam Industri Hiburan Sabah Telah memuktamadkan keputusan mereka untuk menjadi Ahli PERTISA dan menyerahkan Borang Keahlian mereka semasa mesyuarat AJK Pelaksana PERTISA yang di adakan Di Wong Kwok Restaurant Penampang Pada 22 hb Ogos 2008. Mereka Ialah Comporser terkenal Asmin Mudin, Penyanyi, Pelawak,Pelakon Abu Bakar Ellah Dan Penyanyi Dan Pelakon Cantik Clarice J. Matha.
Asmin Mudin merupakan Seorang Comporser Terkenal. memenangi Pelbagai Anugerah Peringkat Kebangsaan adalah Penulis lirik bagi lagu Gemilang yang mana telah menjulang nama penyanyi Jacklyn Vicktor di Persada Seni Tanahair kita. selain Lagu Gemilang, lagu-lagu ciptaan beliau juga telah banyak menaikkan nama penyanyi lain seperti ratu Jazz Malaysia Shila Majid dan Penyanyi yang yang pernah menjadi Idola Rakyat Malaysia Sekitar tahun 90-an iaitu Ziana Zain yang mana dikenali melalui lagu Anggapan mu ciptaan Comporser kebangaan Sabah Asmin Mudin.
Selain menulis dan mencipta lagu-lagu dalam bahasa Melayu, Anak Kelahiran Papar yang juga merupakan seorang Guru Muzik dan lebih dikenali dengan nama "Umbut" di persada seni tempatan Sabah ini juga aktif mencipta lagu dalam bahasa Dusun yang mana merupakan bahasa ibunda beliau dan telah banyak menaikkan nama ramai artis tempatan Sabah.
Abu Bakar Ellah... Nama yang sinonim dengan lagu-lagu genre Etnik Sabah adalah seorang Pelawak, Penyanyi, Pelakon,Pencipta,Penulis lirik, Penerbit album.. Emcee.. dan.... banyak lagi.. hehe ! semua ada dalam dia bah ni ! susah mo kasi senarai.. Merupakan Anak Keliahiran Kinabatangan Pernah memilih bidang Pendidikan sebagai kerjaya beliau sebelum mengambil keputusan untuk mengabdikan diri dalam bidang seni dan memperjuangkan serta memajukan industri hiburan Sabah.
Clarice J. Matha.. Anak Seni Kelahiran Sandakan. Merupakan Seorang Penyanyi, pelakon, Penulis Lirik.. menjadi idola di kalangan peminat seni dan lagu-lagu tempatan Sabah. Pernah Mewakili Daerah Sandakan dalam Pertandingan Unduk Ngadau Di KDCA suatu Ketika duuluu.. Sia dingar-dingar Dia ni lahir Di Sandakan tapi Suku sakat dia banyak di Bingkor dan kg Minawo Keningau.. hehe ! Betul kah tu Clarice..??
Sesungguhnya Penyertaan mereka dalam Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA) untuk sama-sama berjuang dalam Persatuan merupakan Satu lagi Suntikan Semangat kepada PERTISA dalam memperjuangkan serta Melindungi hak-hak serta Kebajikan Artis Tempatan Sabah.

No comments: