Sunday, March 15, 2009

Juara Carta Lagu Dusun

Bisorou Mamatos Kolungguyan - Ben Simon Bukag (Kota Belud)

Benn Simon Bukag, artis Simusic Studio dari Kota Belud telah menjuarai carta lagu dusun dengan lagunya 'Binsorou Mamatos Kolungguyan'. Tahniah

Juara Carta Lagu Dusun

Insasamadai Kolungguian Ku - Leornard Sentia (Ranau)
Leornard Sentia telah memenangi dua kategori iaitu persembahan terbaik dan lagu popular undian sms. Tahniah

Juara Carta Lagu Dusun

Koupusan Ku - Jo-Anne Henley Rampas (Tamparuli).
Jo Anne Henley telah memenangi kategori vokal terbaik

Sunday, March 1, 2009

Esther

Esther E. Oppolonius seorang artis PERTISA yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang setekat ni berada dalam top 11 dalam pertandingan One In A Million. Syabas dan tahniah daripada PERTISA. Marilah kita sama-sama memberi sokong kepada artis kita Esther...jangan lupa undi Esther melalui SMS. Jangan lupa menonton saluran 708 setiap hari Jumaat jam 9.00mlm.

Sunday, January 18, 2009

Konsert Amal Tabung Palestin

KETIKA kita masih mampu berpesta, rakyat GAZA di Palestin menderita akibat perang yang amat memeritkan. Sejak 27 Dis 2008 yang lalu, kini kematian sudah mencecah lebih 1,500 orang manakala 5,000 kecederaan.tidak dinafikan bencana akan terus dialami mereka. Sebagai sesama manusia, rakyat Malaysia yang prihatin telah melakukan pelbagai usaha untuk membantu dan menyokong usaha meringankan penderitaan rakyat Palestin.Mereka juga sama seperti kita, mahkluk ciptaan Tuhan yang istimewa. Dan sesungguhnya penderitaan mereka memberi kesan mendalam di dalam jiwa kita juga. Tidak dinafikan jarak antara kita dan mereka terlalu jauh tetapi begitu dekat apabila melihat kesengsaraan si anak kecil dan wanita yang terkorban.Hari ini kita perlu sedari walaupun kita tidak mampu memberikan mereka kehidupan tetapi kita masih dapat melakukan sesuatu untuk mereka.Dan Persatuan Artis Tempatan Sabah (Pertisa) telah mengambil inisiatif untuk menggalakkan orang ramai menderma untuk Tabung GAZA dengan mengadakan konsert amal di Taman Datuk Chong Tien Bun di Kota Kinabalu pada 18 Jan lalu.walaupun hanya sekadar mengumpul RM1,021.75 namun ia adalah kejayaan bagi artis tempatan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial mereka.Marilah kita bersama-sama berdoa semoga keamanan dunia sejagat terus berlaku dan keajaiban yang diharapkan akan terkabul.

Sunday, December 7, 2008

Keputusan Anugerah Artis Tempatan Sabah PERTISA 2008

Penyanyi Lelaki Popular - Joseph Majakui
Penyanyi Wanita Popular - Esther Elizabeth Applunius
Pelakon Lelaki Popular - Abu Bakar Ellah @ Ampal (Orang Kita 1)
Pelakon Wanita Popular - Clarice John Matha (Percintaan Tanpa Izin 1)
Lagu Paling Popular - Sayang Kinabalu ([Kimin Mudin] Lagu/Lirik: Asmin Mudin)
Telemovie Paling Popular - Orang Kita 1 (Skyline Enterprise)

Anugerah Khas
1. Anugerah Khas Tokoh Lagu Tempatan - Asmin Mudin
2. Anugerah Khas Lakonan - Abu Bakar Ellah @ Ampal
3. Anugerah Khas Utama - Mendiang John Gaisah

Artis Paling Popular - Ivye Alexandra

Malam Anugerah Artis Tempatan Sabah PERTISA 2008

Penaung PERTISA En. Philip Lasimbang dan Datuk Joseph Guntabid, Presiden PERTISA.